Dr. Shawn
Talbott ialah naib presiden MonaVie untuk bahagian Inovasi Produk &
Pendidikan. Tanggungjawabnya termasuk penemuan produk baru sebagai sebahagian
daripada pasukan Kajian dan Penyelidikan. Beliau berkhidmat sebagai pakar
peneraju tetap untuk MonaVie terhadap aliran baru sains pemakanan terkini.
Dr. Talbott menerima Ijazah Sarjana Muda berganda di
dalam Sports Medicine (B.S.) dan Fitness Management (B.A.) dari Marietta
College. Beliau memiliki Ijazah Sarjana (M.S.) di dalam Exercise Science dari
University of Massachusetts (Amherst), dan Ph.D. di dalam Nutritional
Biochemistry dari Rutgers University. Penyelidikannya tertumpu pada
metabolisme, pengurangan berat badan, nutrisi sukan, dan prestasi manusia. Dr.
Talbott juga sedang mengambil pengajian pasca siswazah di dalam Entrepreneurial
Masters Program (EMP) di Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Dr. Talbott adalah penerima banyak anugerah penyelidikan
kompetitif dan telah menerbitkan beratus-ratus rencana mengenai pemakanan,
kesihatan dan kecergasan. Beliau telah berkhidmat sebagai perunding pemakanan
dan pendidik untuk atlet-atlet elit di dalam pelbagai jenis sukan termasuk
triatlet profesional, ahli-ahli Utah Jazz (Bola Keranjang NBA), Persatuan Ski
& Snowboard AS (USSA) semasa Kejohanan Olimpik Musim Sejuk 2002, dan Performance
Enhancement Team (PET) untuk Persatuan Balapan & Padang AS (USATF), dan
Pusat Latihan Olimpik AS.
Sebagai seorang atlet, Shawn juga bertanding pada
peringkat negara dan antarabangsa di dalam sukan mendayung (sebagai sebahagian
daripada Program Perkembangan Pasukan Kebnagsaan AS) dan lumba basikal (sebagai
seorang ahli Kem Perkembangan Latihan Olimpik Lake Placid), dan telah
menamatkan lebih daripada 100 maraton dan triathlon, termasuk 8 ultramarathons
dan 15 pertandingan Ironman.
Dr. Talbott merupakan bekas pengarah University of Utah
Nutrition Clinic dan mengajar sebagai profesor klinikal bersekutu di dalam
Jabatan Nutrisi, di mana dia menerima Anugerah Jurulatih Cemerlang 2004. Di
University of Utah, Dr. Talbott menerima geran pengajaran kompetitif untuk
membangunkan kursus tahap siswazah semester penuh pertama negara di dalam
penyelidikan dan pembangunan pemakanan tambahan,versi dalam talian dan dalam
kampus.
Beliau merupakan Fellow American College of Nutrition
(ACN), American College of Sports Medicine (ACSM), dan American Institute
Stress (AIS), dan memegang keanggotaan profesional di dalam American Society
for Nutrition (ASN) dan International Society for Sports Nutrition (ISSN).
Dr. Talbott ialah pengarang 10 buku. Projek terkininya termasuk projek filem dokumentari yang memenangi anugerah, “Killer At Large - Mengapa Obesiti Merupakan Ancaman Terbesar Amerika” (yang disaring untuk Wanita Pertama Rumah Putih iaitu Michelle Obama) dan buku terbarunya, The Secret of Vigor adalah mengenai kesan-kesan akibat tekanan kronik yang memudaratkan kesihatan, dan bagaimana untuk berasa lebih baik sekali lagi.
Dr. Talbott ialah pengarang 10 buku. Projek terkininya termasuk projek filem dokumentari yang memenangi anugerah, “Killer At Large - Mengapa Obesiti Merupakan Ancaman Terbesar Amerika” (yang disaring untuk Wanita Pertama Rumah Putih iaitu Michelle Obama) dan buku terbarunya, The Secret of Vigor adalah mengenai kesan-kesan akibat tekanan kronik yang memudaratkan kesihatan, dan bagaimana untuk berasa lebih baik sekali lagi.
“Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada MonaVie
dan membantu meneraju pembangunan terkini nutrisi dan produk-produk
kesihatannya. MonaVie mempunyai satu tradisi yang diperakui di dalam
memperkenalkan produk-produk pemakanan berkualiti tinggi, dan saya menanti
untuk menjadi sebahagian daripada MonaVie 2.0, fasa seterusnya pertumbuhan
strategik syarikat di seluruh dunia.”

No comments:
Post a Comment