Tuesday, 5 February 2013

Dr. Danyi Quan



Dr. Danyi Quan ialah Ketua Pegawai Saintifik Xel Pharmaceuticals, Inc. dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman di dalam industri farmaseutikal. Dr. Quan menerima Ph.D di dalam bidang Farmaseutikal di Hoshi University, Tokyo, Jepun , dan melakukan kerja penyelidikan pasca kedoktorannya di University of California, San Francisco, School of Medicine, Department of Dermatology, makmal Dr. Howard Maibach.
Dr. Quan ialah pakar terkemuka di dalam sistem penyaluran dadah termaju, termasuk penyaluran dadah transdermal, penyaluran dadah topikal, penyaluran dadah cepat-lebur, dan penyaluran dadah pelepasan terkawal. Dr. Quan juga terlibat secara aktif di dalam penyelidikan dan pembangunan produk Traditional Chinese Medicines (TCM) dengan menggabungkan teknologi-teknologi penyaluran dadah termaju dan konsep TCM YING-YANG untuk produk-produk nutraceutical dan cosmeceutical. Di Xel, Dr. Quan dan pasukannya mencipta teknologi-teknologi pengekstrakan cold water cell-broken, kaedah-kaedah kawalan mutu cetakan chromatogram lebih halus dan teknologi-teknologi nano untuk bahan-bahan nutrisi, dan membangunkan banyak produk pemakanan dan cosmeceutical yang.inovatif.
Dr. Quan telah menerbitkan lebih 25 kertas saintifik di peringkat tertinggi jurnal perubatan dan farmaseutikal, lebih 25 abstrak teknikal , dan dua bab buku. Dr. Quan juga memegang lebih daripada 15 paten AS dan antarabangsa. Terkini, Dr. Quan merupakan profesor tambahan untuk University of the Pacific, California; School of Pharmacy, University of North Dakota.
“Pasukan kami telah mengusahakan rumusan semula jus MonaVie pada tahun lepas, dan saya sangat tertarik dengan komitmen MonaVie untuk mengukuhkan produk-produk dan teknologinya. Kami telah pun membuat banyak kemajuan, dan saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada Lembaga Penasihat Saintifik MonaVie dan percaya bahawa MonaVie akan terus mendahului di dalam industri jualan langsung.”

No comments:

Post a Comment