Tuesday, 5 February 2013

Dr. Stephen T. Talcott



Dr Stephen T. Talcott, PhD, merupakan Profesor Madya Kimia Makanan dalam Jabatan Pemakanan dan Sains Makanan di Universiti Texas A&M di Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau merupakan Profesor Madya Kimia Makanan di Universiti Florida (Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan Manusia). Beliau menerima PhD beliau di Sains dan Teknologi Makanan dari Universiti Arkansas.
Dr. Talcott merupakan ahli profesional daripada Institut Ahli-ahli Teknologi Makanan dan aktif dalam menyelidik, memproses dan mempromosikan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan komponen bioaktif. Sebelum memasuki academia, Dr Talcott bertugas sebagai Penyelia Kimia di Makmal Silliker Texas.
Seorang pakar yang utama dalam beri acai, Dr Talcott terkenal bagi sumbangan penting beliau dalam mengembangkan fahaman fitokimia, kestabilan, faedah kesihatan dan kebolehpasaran acai sejak tahun 2002. Beliau telah menerbitkan beberapa artikel mengenai acai dan juga lebih daripada 55 artikel-artikel yang dikajisemula oleh teman sekerja dalam jurnal kimia makanan tahap tinggi, lebih daripada 50 abstrak teknikal, dan enam bab-bab buku. Dr Talcott juga khusus dalam penstabilan dan perubahan yang mengambil tempat dalam sebatian antioksidan sewaktu pengendalian selepas penuaian, pemprosesan makanan dan penyimpanan.
"Saya amat tertarik pada tahap sains dan penyelidikan yang MonaVie libatkan dalam portfolio produknya dan dalam usaha-usaha pembangunan produk. Tahap komitmen ini bagi makanan dan kualiti pemakanan menjadikan MonaVie berbeza, dan saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada organisasi yang menjadikan faktor-faktor ini sebahagian daripada nilai-nilai utamanya."

No comments:

Post a Comment